Tuesday, 2 April 2013

Khairul Fahmi dan PAS

Dimana kepimpinan Islam PAS?

Khairul Fahmi a.k.a Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda PAS yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam twitternya masih belum lagi diambil tindakan oleh pucuk kepimpinan PAS. PAS tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap Khairul Fahmi kerana ia adalah pandangan peribadinya..... Amat mendukacitakan kita semua kerana PAS a.k.a Parti Islam SeMalaysia tidak mampu menjaga disiplin ahli partinya sedangkan isu ini adalah amat sensitif bagi umat islam seluruh dunia.
27 Mac 2013 Khairul Fahmi dengan beraninya membuat kenyataan yang dianggap biadap mengaitkan video seks Nabi Muhammad S.A.W dan UMNO dalam twitternya. Dato Mustafa Ali dengan menjelaskan ini semua tidak akan menjejaskan PAS walhal PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Dimana letaknya nilai Islam di dalam kepimpinan PAS sehinggakan ada Ahlinya sanggup menghina Baginda Rasul yang boleh menjejaskan akidah umat Islam jika masih terus menyokong kepimpinan yang sebegini teruk.

Relevenkah PAS diangkat sebagai Parti Memperjuangkan Islam?

Isu kalimah Allah masih belum sejuk lagi tapi PAS telah mencetuskan satu fenomena yang membakar jiwa dan kepercayaan umat islam dengan kredibiliti yang ada pada PAS. Mengapa isu kalimah Allah PAS hanya diam membisu apabila LGE yang merupakan "rakan karib" dalam parti PAS berniat untuk mempergunakan Kalimah Allah? Ini masih belum terjawab dengan jelas lagi dan sekarang sudah timbul isu penghinaan kepada Nabi Muhammad S.A.W oleh pucuk pimpinan PAS sendiri. Apa dah jadi dengan PAS? Sehinggakan sanggup menjadikan Nabi Muhammad sebagai batu loncatan PAS bagi meraih undi simpati dari Rakyat. Kenyataan yang melampau ini membuktikan bahawa amalan nyatalah amalan politik chauvinis dan ekstremis melatari perjuangan politik pembangkang selama ini.

Mat meon rasa tidak sanggup lagi melihat kehancuran Islam kerana diperalatkan oleh pihak yang  lebih kepada gila kuasa dan tamak serta ghairah mengejar kejayaan politik sehinggakan sanggup menggunakan segala cara dengan memanupulasikan Agama demi kepentingan Parti mereka.